Latar Belakang

Tahun 2008, Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah ( BOOS) sekolah ini mula diberi perhatian khusus. Sebelum itu Bilik SPBT lebih merupakan stor bagi menyimpan lebihan stok buku teks. Bilik ini mula dihias dan dipamerkan dengan segala maklumat berkaitan SPBT dan penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa.
Tahun demi tahun,  penambahbaikan telah dibuat dan menjadikan bilik yang lebih luas. Pelbagai aktiviti, pameran dan inovasi berjaya dibuat dan dihasilkan.
Kini BOSS sekolah ini telah mula melangkah setapak lagi dengan mempertingkatkan segala kemudahan, keceriaan dan menghasilkan inovasi yang berkaitan dengan SPBT melalui pelbagai projek SPBT dan kerjasama pihak luar. Kini BOSS mula beroperasi dengan sempurna selaras dengan hasrat kerajaan untuk Memertabatkan Buku Teks sebagai sumber ilmu.


MATLAMAT
                                                    
MEMASTIKAN SEMUA MURID WARGA SMK TAMAN TUN FUAD MENIKMATI PENDIDIKAN PERCUMA MELALUI FAEDAH SPBT

OBJEKTIF

·       SEMUA WARGA SMKTTF AKAN MENDAPAT BUKU TEKS SPBT

·    MEMASTIKAN MURID SMK TTF MENERIMA BUKU TEKS SPBT PADA MINGGU PERTAMA SESI BARU PERSEKOLAHAN BERMULA

VISI

PENGURUSAN SPBT CEMERLANG MENJELANG 2016

MISI

MELAKSANAKAN PERKHIDMATAN PENGURUSAN SPBT SECARA SISTEMATIK BAGI MELAHIRKAN MODEL INSAN CEMERLANG BERLANDASKAN FPN 


PIAGAM PELANGGAN

·       Memastikan setiap murid layak mendapat buku teks  menerimanya mengikut kehendak kementerian.
·       Dapat mengagihkan buku-buku SPBT kepada murid  sekurang-kurangnya seminggu sebelum cuti akhir tahun.
·       Pemulangan buku-buku teks daripada murid yang  meminjam selewat-lewatnya dua minggu sebelum cuti akhir  tahun.
·       Memastikan buku-buku teks dijaga dengan baik.
·       Mengurus SPBT dengan baik ,cekap dan cemerlang.
·       Sentiasa peka dengan maklumat terkini SPBT.
·       Memastikan setiap yang berurusan dengan pihak SPBT  mendapat layanan dengan sebaik mungkin.




No comments:

Post a Comment